Kepentingan Penjejahan dan Penerokaan
Kepentingan penjejahan dan penerokaan dapat ditinjau melalui aspek pembebasan, pengislaman, pengintelektualan dan sebagainya.
Pembebasan politik
Dalam politik Islam, kegiatan penjejahan dan penerokaan sangat penting. Umat Islam telah diletakkan pada kedudukan yang berprestij dan disegani melalui kuasa politik. Kegiatan ini dapat membawa masuk maklumat politik negara asing ke dalam negara-negara Islam dan dapat mengukuhkan politik antarabangsa Islam.
Konsep keadilan yang ditekankan dalam sistem pemerintahan Islam telah membebaskan masyarakat daripada penindasan pemerintah yang zalim. Sebagai contoh, tentera Islam memperoleh sokongan daripada penduduk tempatan yang ditindas oleh pemerintah Rom yang zalim semasa mereka di bawah pimpinan Amru bin al-As menjelajah Mesir.
Semasa pemerintahan |
Khalifah al-Walid b.Abd.Malik -Wilayah perintah Islam telah berkembang hingga ke negara China |
Khalifah Abdul Malik b. Marwan - Seluruh Afrika Utara telah berjaya dikuasai oleh Islam |
Khalifah Abdul Rahman al-Dakhil -Islam bertapak di Andalusia dan terus berkembang ke seluruh Eropah |
Ekonomi
Apabila agama Islam mula tersebar ke seluruh dunia, sistem ekonomi Islam mula mengambil alih kegiatan ekonomi semasa dan telah membebaskan masyarakat daripada cengkaman sistem ekonomi kapitalis yang menindas mereka. Konsep ekonomi Islam yang menekankan keadilan dan kesamarataan serta menentang pembohongan dan eksploitasi penjual kepada pembeli telah berjaya mengambil hati masyarakat tempatan. Sebagai contoh, apabila Islam mula bertapak di Melaka, sistem perundangan yang berkaitan dengan aktiviti perdagangan telah dipengaruhi oleh unsur-unsur Islam. Dalam urusan pinjaman pula, Islam menetapkan bahawa perlunya ada saksi. Semua peraturan ini bersesuaian dengan Islam dan bertujuan untuk mewujudkan keadilan dan kesejahteraan semua pihak.
Kebudayaan
Islam telah menetapkan bahawa sebarang bentuk kebudayaan boleh diterima tanpa bertentangan dengan prinsip-prinsip ajaran Islam yang suci. Setelah Islam sampai ke Asia Tenggara, banyak kebudayaan lama masyarakat Melayu telah ditinggalkan seperti amalam-amalan unsur animisme. Cara hidup yang berunsurkan Islam mula menyerap dalam kehidupan masyarakat tempatan melalui akiviti perdagangan dan pengislaman. Perkembangan ini dapat dilihat melalui seni bina masjid, bangunan dan cara berpakaian. Umat Islam terdiri daripada pelbagai bangsa kerana kegiatan penjelajahan dan penerokaan.
Pengislaman
Islam telah disebarkan ke seluruh dunia menerusi penjelajahan dan perdagangan. Hakikat ini dapat difahami apabila banyak pendakwah Islam telah menjelajah dan meneroka ke seluruh dunia untuk memperkenalkan ajaran Islam yang suci. Sejarah Melayu telah mencatatkan bahawa Sultan Melaka menerima Islam melalui Sayyid Abdul Aziz yang datang dari Jeddah. Hikayat Raja-raja Pasai juga menyatakan bahawa Merah Silu menerima Islam daripada Syeikh Ismail dan Fakir Muhammad yang datang dari Makkah. Hikayat Merong Mahawangsa pula menyatakan bahawa Raja Kedah telah diislamkan oleh Syeikh Abdullah Al-Yamani dari Yaman.
Pengintelektualan
Menuntut ilmu pengetahuan, menambah pengalaman, dan meneroka bidang penyelidikan yang baharu merupakan antara matlamat dalam kepada penjelajahan dan penerokaan yang dilakukan oleh umat Islam. Aktiviti penjelajahan dan penerokaan ini telah menemukan umat Islam dengan pelbagai bidang keilmuan yang baharu seperti perubatan, kimia, geografi, astronomi, dan pentadbiran negara.
Perjuangan tokoh dn khalifah utk mengembangkan islam tarik ramai org utk baca this blog ✨
ReplyDeleteGood job
ReplyDeleteTerbaik๐๐๐
ReplyDeleteBagus
ReplyDelete