Sejarah Penjelajahan dan Penerokaan dalam Tamadun Awal
Sejarah penjelajahan dan penerokaan dalam tamadun awal merujuk kepada aktiviti-aktiviti yang melibatkan pengembaraan dan penjelajahan oleh manusia-manusia purba dalam mencari sumber-sumber baru, perdagangan dan kekayaan.
Mesopotamia
- Tamadun awal yang terkenal dengan penggunaan roda sebagai alat pengangkutan.
- Melalui sistem pengangkutan yang ada di tamadun ini, mereka menjalin hubungan perdagangan dengan kawasan-kawasan jiran.
- Beribu-ribu tahun saudagar dan pengembara mengharungi jalan perdagangan yang merentasi Asia.
- Oleh itu, banyak barang dari negara luar boleh ada di Mesopotamia, begitu juga barang-barang dari Mesopotamia dijual ke negara-negara luar.
Video berkenaan Tamadun Mesopotamia
Mesir
- Tamadun Mesir Purba dianggap sebagai anugerah daripada Sungai Nil yang mengalir dari bahagian utara Mesir ke Laut Mediterranean.
- Tamadun yang paling awal terlibat dalam aktiviti penjelajahan dan penerokaan.
- Berkembang kira-kira 5000 tahun dahulu di lembah Sungai Nil yang subur telah menjalin hubungan dengan kerajaan dan penduduk lain di Timur Tengah.
- Orang Mesir juga menjelajah ke Crete, Yunani.
Sungai Nil
Kajian arkeologi dan inskripsi yang terdapat pada dinding kuil Dier el-Bahri mengandungi maklumat tentang aktiviti penjelajahan dan penerokaan dalam tamadun Mesir Purba.
Video berkenaan Tamadun Mesir Purba
Tamadun China
- Lokasi : di sekitar Lembah Sungai Hwang Ho
- Bangsa yang maju dan mempunyai kemahiran yang tinggi dalam penjelajahan dan penerokaan
- Abad pertama masihi, orang Cina mengembara dalam kumpulan kecil dan menghantar misi diplomatik dan perdagangan sehingga Laut Caspian.
- Orang Cina menghantar misi ke Constantinopla & mengadakan hubungan dengan Empayar Rom
- Kapal dagang Cina : sampai ke Eropah menjelang tahun 100M, belayar ke seluruh Asia Selatan dan India (600-900M)
- Mencapai keunggulan dalam bidang pelayaran khususnya pada zaman Ming
- 1120M : orang Cina menemui kompas magnetik, mencipta alat seperti sekstan, papan lindung angin dan ruangan kedap air dalam kapal
Sungai Hwang Ho ( Sungai Kuning )
Lokasi Sungai Hwang Ho
Video berkenaan Tamadun China
Tamadun Yunani Rom
- Dipelori orang Crete bermotifkan ekonomi dan politik
- Orang-orang Yunani merupakan orang Eropah pertama yang melakukan pelayaran
- Orang Phoenicia dari Yunani dikatakan sebagai penjelajahan yang hebat dan mempunyai tokoh-tokoh yang terkenal dalam penjelajahan dan mereka juga telah berlayar mengelilingi Afrika pada abad ke-7 S.M. Hal ini terbukti apabila Firaun Necho pernah menggunakan khidmat orang Phonecia bagi tujuan mengukur keluasan kerajaan Mesir.
- Pulau Sicily, Cyprus, Corsia dan pesisiran Laut Mediterranean merupakan petempatan baharu yang telah dibuka oleh orang Yunani hasil daripada penjelajahan dan penerokaan mereka.
Iskandar Zulkarnain merupakan seorang penakluk dan penjelajah yang hebat dari Makedonia. Beliau telah melakukan penjelajahan ke atas Parsi, Mesir, Mesopotamia, dan India. Banyak maklumat dapat dikumpulkan melalui hasil penjelajahan dan penerokaan beliau. Beliau juga mempunyai bala tentera yang ramau sehingga dapat meluaskan empayar semasa zaman Graeco-Roman. Pada masa yang sama, beliau telah menyebarkan kebudayaan Hellenistik ke atas tamadun lain. Kematian beliau telah menyebabkan perebutan kuasa dan perpecahan empayar Yunani dan seterusnya telah memberi peluang kepada kemunculan Rom sebagai kuasa besar. Tujuan mereka adalah untuk mengatasi orang Islam dalam bidang pelayaran bagi memonopoli perdagangan yang selama ini dikuasai oleh orang Islam. Pada masa yang sama, mereka juga berhasrat untuk mengembangkan pengaruh agama Kristian.
Video berkenaan Tamadun Yunani
Tamadun Indus
- Kurang maklumat tentang penjelajahan dan penerokaan Tamadun Indus namun tidak dinafikan berlaku penjelajahan dan penerokaan atas motif perdagangan dan agama
- Kapal-kapal Indus belayar di Yaman
- Menjelah ke Asia Tenggara memperluaskan perdagangan dan agama sejak abad pertama masihi
- Perdagangan bertukar kepada penjajahan
Lokasi Tamadun Indus
Tamadun Melayu
- Matlamat : perdagangan & menimba ilmi pengetahuan
- Bukti : rekod-rekod China & laporan pengembara Barat menunjukkan kapal pedagang Melayu dan Jawa sampai ke Afrika Timur, Madagascar, Aden dan Negara China
- Orang Melayu digelar masyarakat kelautan mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam aspek geografi (keadaan ombak, jenis angin, ars lautan, ukuran laut, kedudukan tatjung, beting dan batu karang)
- Kegiatan perdagangan & perkapalan orang Melayu berkembang pest dan menyebabkan lahir satu sistem dalam organisasi perkapalan iaitu Undang-undang Laut Melaka.
- Masyarakat Melayu mempunyai kemahiran dalam pembinaan dan penggunaan alat pengangkutan laut.
Memang best❤️
ReplyDeleteBagus
ReplyDelete