Tokoh-tokoh Pengembara dan Peneroka
dalam Tamadun Awal
Ibnu Battuta
Ibnu Battuta (1371 M-1434 M) |
- Nama asalnya ialah Mohammed Ibn al-Illah al-Lawati.
- Dilahirkan pada 24 Februari tahun 1304 M di Tangier, Maghribi.
- Seorang pengembara yang hebat sepanjang zaman.
- Kecintaannya kepada pengembaraan telah membawanya menjelajah ke Tunisia, Mesir, Yaman, Baghdad, Syria dan Constantinople
Pada tahun 1330, beliau menjelajah ke arah utara iaitu ke Crimea, Utara Volga dan Laut Hitam. Pada masa itu jarak perjalanannya sudah mencapai 75 000 batu jauhnya. Sebelum memulakan perjalanan ke India, beliau telah melawat Aden, Hormuz, dan Selatan Parsi. Pengembaraan seterusnya dilakukan dengan menyusuri persisiran pantai Timur Afrika dan merentasi ke Tanzania.
Battutah adalah serang yang mudah mesra. Di India, beliau sebagai tanda persahabatan pemerintah Delhi iaitu Sultan Mohammed telah melantik beliau sebagai kadi.Selepas 10 tahun berada di India, beliau melawat kepulauan Maldives dan dijadikan ketua kumpulan oleh penduduk. Beliau meneruskan pelayaran dengan melawat Sri Lanka, Sumatera dan Jawa.
Di Sumatera beliau diberikan sambutan yang meriah dan penghormatan oleh kerajaan Pasai.Beliau bertemu dengan Sultan Malik al-Zahir sebagai penghormatan serta dibekalkan dengan tongkang besar untuk belayar ke negara China.
Selepas berada selama 6 tahun di China beliau kembali ke tanah air pada tahun 1350 M.
Pada tahun 1352 M, beliau menjelajah ke Gurun Sahara. Di Timbuktu, beliau menemui orang-orang Islam yang berkulit hitam dan suku kaum Islam di Afrika Barat. Beliau juga menemui satu suku kaum yang lelakinya memakai tudung muka.
Pada tahun 1355 M, setelah mengembara sejauh 100 000 km beliau kembali ke Tangier ketika berumur lima puluh tahun.
Setelah kembali ke tanah air, beliau menulis pengalamannya itu dalam sebuah buku yang bertajuk 'Rehla'.
Christopher Columbus
- Dilahirkan di Genoa, Itali pada tahun 1451.
- Orang pertama membawa berita tentang sebuah daratan yang dikenali sebagai Amerika.
Ramai penjelajah Eropah cuba mencari jalan senang ke India, China dan Jepun. Beliau berpendapat bahawa pelayaran hendaklah ke arah barat iaitu mengelilingi glob. Columbus yakin destinasi itu lebih kurang 5000 km sahaja dari Kepulauan Canary.
Pada tahun 1492 M Columbus berserta dengan 90 kelasi telah belayar dengan tiga buah kapal iaitu Santa Maria, Nina dan Pinta. Columbus telah menyeberangi Lautan Atlantik yang luas namun beliau menggunakan jalan yang mengalami tiupan angin kencang sepanjang tahun yang dipanggil 'angin dagang'.
Laluan ini membantu perjalanan Columbus ke arah barat dengan lebih cepat. Selepas menghadapi pelbagai dugaan terutamanya pemberontakan daripada kelasi-kelasi pada 12 Oktober 1492, beliau menemui sebahagian Kepulauan Bahamas iaitu San Salvador. Kemudian beliau menjelajah pantai Cuba dan Hispaniola.
Beliau sangat yakin bahawa mereka telah sampai ke Kepulauan Hindia dan dekat dengan Jepun. Malang tidak berbau, Santa Maria telah karam di Pulau Hispaniola. Oleh itu, sebilangan daripada anak-anak kapalnya ditinggalkan di tanah jajahan yang baru itu sementara Columbus berangkat kembali ke Sepanyol dengan menggunakan dua buah kapal sahaja.
Di Sepanyol, beliau dianugerahkan Laksamana Lautan Laut dan Wizurai Hindia oleh Raja Sepanyol iaitu Raja Ferdinand.
Vasco da Gama
- Dilahirkan kira-kira pada tahun 1460 M di Sines, selatan Portugal.
- Beliau dipilih oleh Raja Portugal untuk mengetuai pelayaran Portugal ke India kerana pengalaman luasnya sebagai ahli pelayaran.
- Da Gama belayar pada tahun 1497 dengan disertai oleh empat buah kapal kecil bersama 170 anak kapal.
- Beliau tidak menyusur pantai Afrika sebaliknya merentasi Lautan Atlantik dan terus ke Tanjung Pengharapan dan mengelilinginya.
Selepas tiga bulan beliau mendarat di utara Tanjung Pengharapan. Dari Teluk Mossel, da Gama belayar menyusuri pantai Afika sambil berhenti di beberapa destinasi seperti Mombassa (Mozambique) dan Malindi dalam perjalanannya ke India. Di Malindi, da Gama bersahabat dengan pemerintahnya iaitu Sultan Malindi.
Hasil persahabatan itu, beliau dianugerahkan seorang jurupandu arah yang berbangsa Arab ke India. Setelah merentas Lautan Hindi yang luas, maka pada tahun 1498 M beliau sampai di Calicut, India. Beliau berkenalan dengan Zamorin iaitu pemerintah Calicut. Hasil pertemuan itu mereka telah menjalinkan hubungan dagang.
Dua tahun kemudian beliau kembali ke Portugal dengan membawa balik kargo mengandungi rempah-ratus yang berharga. Pada tahun 1502, beliau melancarkan satu lagi ekspedisi yang disertai oleh 19 buah kapal ke India iaitu menuju ke Goa. Selepas pelayaran tersebut, beliau bersara daripada belayar tetapi dipanggil semula untuk ke India sebagai wizurai pada tahun 1524.
Perjalanan Vasco da Gama |
Ferdinand Magellan
- Dilahirkan pada tahun 1480 M di Sabrosa,utara Portugal.
- Berasal daripada keluarga bangsawan Portugis.
- Berpengalaman menjadi kelasi kapal dalam pelayaran ke Kepulauan Maluku di Indonesia.
Magellan memulakan pelayarannya pada tahun 1519 dengan lima buah kapal iaitu Trinidad, San Antonio, Concepcion, Victoria dan Santiago. Semasa belayar, Magellan menghadapi pemberontakan daripada kapten-kapten kapal yang berbangsa Sepanyol.
Kemuncak daripada itu,anak-anak kapal San Antonia yang
memberontak telah mengambil keputusan untuk kembali ke Sepanyol.Namun keadaan huru-hara itu dapat dikawal olehnya dengan menghukum gantung salah seorang daripada pemberontak.
Dalam perjalanan yang sukar itu, salah sebuah kapalnya karam di lautan. Beliau berjuang menghadapi badai dan cuaca yang teruk di Lautan Atlantik bersama-sama dengan anak kapalnya yang masih hidup. Akhirnya mereka berjaya sampai ke Selat Magellan. Pelayarannya kembali reda apabila tiba di lautan tenang tanpa ribut kencang dan ombak yang ganas iaitu Lautan Pasifik
Dalam tempoh 16 minggu belayar di Lautan Pasifik, anak-anak kapanya mengalami kekurangan bekalan makanan sehingga mereka minum air yang lama dan busuk, makan biskut lama, tikus dan kulit yang direbus kerana kelaparan. Tidak lama kemudian mereka sampai ke Pulau Guam dan memperoleh bekalan baru untuk pelayaran seterusnya.
Selepas itu mereka sampai di Mactan, Filipina. Namun disebabkan pertelingkahan keil Magellan telah dibunuh di Zebu, Filipina pada April 1521 oleh penduduk tempatan. Sebastian del Cano bersama dengan kapalnya iaitu Victoria belayar balik ke Sepanyol dengan hanya lapan belas anak kapal yang mash hidup.
Namun mereka mencatatkan rekod sebagai orang yang berjaya mengelilingi dunia.
Henry the Black (Panglima Awang)
Marco Polo
- Pedagang dari Venice, Itali.
- Semasa berumur 18 tahun, beliau dipelawa oleh bapa dan bapa saudaraya Nicolo dan Maffeo Polo untuk bersama-sama ke istana Maharaja Kublai Khan di Khanbalik (Beijing).
- Mereka bertolak pada tahun 1271 M dengan belayar ke pantai Mediterranean, Turki dan seterusnya melalui jalan darat untuk pengembaraan yang berikutnya.
- Mereka melalui Laluan Sutera (Silk Road) yang menuju ke utara Himalaya dan melintasi Gurun Gobi.
- Setelah 4 tahun perjalanan, sampai di Khanbalik.
Maharaja Kublai Khan sangat tertarik dengan perwatakan Marco Polo yang menarik dan mahir dalam pelbagai bahasa.Beliau telah dilantik sebagai duta.Tugasnya adalah melaporkan segala peristiwa yang ditemui sepanjang tinjauannya ke wilayah-wilayah kuasanya yang jauh seperti, Shansi,Shensi,Acechuan,Yunan,India,Burma dan Sri Lanka.
Polo sekeluarga balik ke Itali selepas 17 tahun berada di China. Mereka belayar melalui Temasik,Ceylon dan Teluk Parsi. Mereka telah singgah di Samudera dan Ferlec (Perlak). Menurutnya,penduduk di Perlak kebanyakkan telah menganut agama Islam kerana usaha pedagang-pedagang Islam yang menunggu pertukaran angin monsun reda.
Beliau tiba di Itali pada tahun 1295M. Di Itali,beliau pernah ditawan oleh orang-orang Genoa dan sempat menulis tentang perjalanan dan pengalaman di China melalui bukunya ''The Travels of Marco Polo''.Naman kebanyakan orang Itali menganggap semua ceritanya adalah rekaan semat-mata.
Antara yang diceritakan ialah tentang wang kertas,percetakan,ubat bedil,asbestos dan pembakaran arang. Walau bagaimanapun,kisah ini telah mempengaruhi Christopher Columbus untuk belayar ke China dan Jepun melalui laluan sebelah barat Eropah.
I-Tsing
- I-Ching dilahirkan di Peking pada tahun 635 M.
- Beliau bercita-cita untuk mengunjungi India kerana ingin menuntut ilmu tentang agama ajaran agama Buddha
Dalam pelayaran ke India, beliau singgah di Kepulauan Melayu iaitu Srivijaya dan Jambi. Menurut I-Ching, terdapat lebih kurang 1000 orang sami Buddha di Srivijaya. Ini menunjukkan pengaruh agama tersebut telah bertapak lebih awal lagi dan mempunyai pengaruh yang kuat di sekitar Kepulauan Melayu pada masa itu.
I-Ching telah menetap di Srivijaya selama 6 bulan untuk mendalami bahasa Sanskrit. Bahasa ini adalah penting kerana segala ajaran Buddha ditulis dalam bahasa tersebut. Oleh itu, beliau terpaksa berusaha keras bagi memastikan beliau benar-benar memahami bahasa Sanskrit dengan tujuan dapat disebarkan kepada orang-orang China melalui penterjemahan yang diusahakannya.
Beliau telah belayar ke India menggunakan kapal kepunyaan Raja Srivijaya. Ini kerana hubungannya yang begitu akrab dengan Raja Strivijaya sepanjang persinggahannya di Srivijaya.
I-Ching tinggal selama 10 tahun di India, Sepanjang berada di benua keil tersebut, beliau berkesempatan melawat tempat suci bagi orang Buddha seperti Wihara Waicali, Kusinagara, Taman Mrigadawa di Banares. Lawatan yang dilakukan oleh I-Ching telah menambahkan lagi pengalaman dan pengetahuan tentang ajaran Buddha. Ini melengkapkan dirinya sebagai penyebar agama tersebut di negara China.
Cheng Ho
- Ahli pelayaran hadapan zaman Maharaja Yung Lo.
- Beliau beragama Islam dan berkhidmat dengan maharaja China ketika zaman Dinasti Ming
- Ketokohannya sebagai ahli pelayaran telah mendorong Maharaja Yung Lo untuk mengutuskan beliau ke Kepulauan Melayu pada tahun 1405 M
- Beliau singgah di Champa, Jawa, Sumatera, India dan Ceylon.
- Perkembangan kegiatan pelayaran di China banyak menyaksikan pengutusan secara besar-besaran ekspedisi pelayaran ke dunia luar.
- Maharaja Ming mempunyai agendanya tersendiri dalam mengutuskan ekspedisi pelayaran .
- Kerajaan Ming berhasrat untuk menjadikan pelayaran sebagai simbol keagungan kerajaannya kepada dunia.
- Pelayaran dapat dijadikan sebagai peutusan rasmi untuk mendapatkan sokongan daripada serangan orang-orang Mongol
- Meluaskan perdagangan dengan negara lain di Asia dan sekitarnya
- Perjalanan Cheng Ho meliputi jarak yang panjang sehinggalah ke Afrika.Ini dilakukan dengan membawa perutusan-perutusan khas daripada Maharaja Yung Lo ke negara-negara yang dilawatinya itu. Dari situ, beliau banyak mengiringi perutusan-perutusan balik ke negara asal.
Maklumat yg lengkap....baiklah...
ReplyDeletePerkongsian yang bagus. 🥰
ReplyDeleteBagus
ReplyDeleteBagus terbaik
ReplyDelete