PERTAHANAN DAN PEPERANGAN

Ketahanan dan Peperangan 

Mesopotamia

  • Orang Sumeria dikatakan orang terawal menggunakan taktik dalam peperangan.
  • Sebab: Mereka sering diserang oleh orang nomad. 
  • Justeru itu, peperangan di Mesopotamia bertujuan menyelamatkan negara kota daripada serangan orang-orang nomad. 



Peperangan antara negara kota wujud kerana tidak ada sempadan yang jelas antara negara kota tersebut. Mereka berperang sesama sendiri untuk merebut tanah yang subur, terutama di sekitar Sungai Tigris dan Sungai Euphrates.Tujuannya adalah merebut bekalan air dari sungai yang menjadi punca kemakmuran sesuatu kawasan pertanian.Negara kota Ur dan Urech, berperang untuk memperoleh bahagian hilir Sungai Euphrates. 

Pemerintah negara kota membina tembok pertahanan di sekeliling kota untuk mencegah pencerobohan kuasa luar. Terdapat negara-negara kota di Mesopotamia bersatu setelah berhenti bertelingkah sesama sendiri untuk memerangi puak nomad yang sentiasa menyerbu delta-delta yang subur yang menjadi ancaman besar kepada peradaban Mesopotamia.

Kekayaan dan kemakmuran wilayah-wilayah di Mesopotamia telah menarik banyak pihak untuk menakluk Mesopotamia. Sebagai contoh, orang Assyria,Ammorites dan Chaldea. Raja Nebuchadnezzar II meluaskan empayar Babylon dengan menakluk negara jiran seperti Mesir, Syria,Assyria dan Jerusalem.

Mesopotamia juga diserang oleh Sargon, ketua puak Akkadia. Sargon telah berjaya menguasai semua negara kota di Mesopotamia. Orang Guti (barbarian) turut berjaya menguasai beberapa buah negara kota penting di Mesopotamia.

Utu-hegel ialah orang Sumeria yang bertanggungjawab memulihkan semula kekuasaan orang Sumeria dnegan menghalau keluar orang Guti. Semasa pemerintahan Ur-Nammu, mereka membina kubu-kubu yang kukuh dan sukar dimusnahkan. Kesannya,pertahanannya sangat kuat. 

Orang Ammorites dari Jordan juga menguasai Mesopotamia. Pemerintahnya yang terkenal ialah Hammurabi yang memerintah dari tahun 1700 S.M. hingga 1669 S.M. Semasa Hammurabi memerintah, ketahanan dan pertahanan Mesopotamia menjadi lebih kukuh kerana didirikan kubu pada setiap kota. Kubu-kubu ini dikawal oleh angkatan tentera.


Mesir




Peperangan bagi orang Mesir ialah untuk mempertahankan delta di Sungai Nil daripada serangan orang Gasar dari Libya dan Palestin. Pada Zaman Kerajaan Lama, tentera Mesir dikerah untuk memerangi Libya dan Nubia. Menjelang Dinasti Kedua hingga Dniasti ke-17, keadaan politik Mesir tidak stabil. Situasi ini telah mengundang kepada serangan orang Hykos. Pengaruh orang Hykos dalam tamadun Mesir adalah penggunaan kerata kuda dan busur

     
 Firaun dalam persalinan berkerudung 
 & kain sarung berhias 


  • Firaun merupakan gelaran yang merujuk kepada pemerintah Mesir ketika tempoh pra-Kristian dan pra-Islam.
  • Firaun bertindak sebagai ketua .
  • Di istana, Firaun melantik pegawai diraja dan komanden profesional khusus untuk menjaga keselamatan pihak istana.
  • Firaun menganugerahkan tanah kepada golongan tentera sebagai menghargai jasa mereka.
Peperangan yang berlarutan juga telah memantapkan organisasi ketenteraan dari segi strategi ,teknologi dan logistik.

Di Mesir, orang awam dikerah menjadi tentera untuk mempertahankan kedaulatan negara. 
Anggota masyarakat berbangga sekiranya mereka menjadi tentera kerana profesion tersebut sangat dihormati dan disanjung tinggi oleh masyarakat.Golongan profesional dan artisan turut menyertai tentera.

Dasar perluasan kuasa yang dilaksanakan dan perkembangan pesat empayar menyebabkan kerajaan Mesir menubuhkan satu angkatan tentera yang besar untuk melicinkan dasar perluasan wilayah.
 
Pada zaman Kerajaan Baru, tentera laut dibentuk kerana Mesir terdedah kepada serangan laut dari Palestin,Yunani dan Rom.


Indus (India)


           Kepercayaan Orang India
  • Seseorang raja mampu menjadi penaung dalam hal-hal yang berkaitan ketenteraan dan kebajikan kepada rakyat
  • Raja yang kuat diperlukan untuk memelihara undang-undang dan memelihara peratusan kosmos bumi.

Dalam epik Mahabharata, seseorang lelaki perlu memilih raja terlebih dahulu sebelum memilih isteri dan kekayaan. Kekayaan dan isteri tidak membawa sebarang makna tanpa raja. Hal ini dikatakan demikian kerana, keadaan anarki sering berlaku dan keamanan sering tergugat.

Orang-orang Arya menganggap perang sebagai sukan diraja dan bukan cara kejam untuk menyelesaikan konflik. Dalam tradisi India, golongan berkasta khastrinya diberi tugas untuk mempertahankan raja dan negara.

Golongan ini dilatih sejak kecil untuk menjadi golongan pahlawan. Masyarakat India juga mementingkan pertahanan yang kukuh untuk menghadapi kemungkinan serangan pihak musnah. Ini kerana kota-kota seperti Mohenjo-Daro dan Harappa dilengkapi dengan kubu pertahanan yang kukuh.

Hwang Ho (China)





Raja-raja China sering berperang antara satu sama lain kerana beranggapan bahawa peperangan adalah suatu perkara yang menguntungkan mereka dan kerajaannya. Kemenangan dalam peperangan akan menjadikan seseorang pemerintah berkuasa,menambahkan wilayah dan kaya-raya.

Mereka juga menambahkan bilangan tentera dan tawanan perang. Peperangan pada zaman Dinasti Shang bertujuan menguatkuasakan pemerintahan maharaja dan merampas harta golongan berada.

Kerajaan Chou memiliki bilangan tentera yang ramai sehingga menjangkau beratus ribu orang pada abad  ke-4 Masihi. Apabila sudah menyertai tentera, agak sukar untuk mereka kembali kepada kehidupan biasa.

Pada zaman kerajaan Tang, tentera mereka berjaya meluaskan wilayah ke sempadan sebelah utara disebabkan kebijaksanaan jeneral dan peranan komando yang ditugaskan untuk memberi laporan di wilayah masing-masing. 

Semasa pemerintahan Shih HuangTi, baginda mengarahkan tenteranya supaya merampas alat-alat senjata di setiap rumah supaya tidak berlaku penentangan terhadap pemerintahan baginda. Selain itu, buku-buku Confucius turut dibakar kerana bimbang rakyat akan bangun menentang pemerintahan berpusat yang diamalkannya.

Yunani Rom





Pada zaman Yunani, peperangan adalah bersifat tempatan dan berskala kecil untuk menyelesaikan beberapa perbalahan yang melibatkan soal politik dan sempadan. Objektif peperangan pada masa ini adalah untuk memusnahkan asas ekonomi sebuah negara kota.Peperangan biasanya berlaku secara terbuka sehingga satu pihak berundur.

Peperangan dalam kalangan orang Yunani dianggap unik kerana pihak yang menang akan menghadiri upacara pengkebumian pihak yang kalah serta membayar pampasan jika perlu.

Apabila Yunani disatukan oleh Philip II dari Makedonia dan anaknya Iskandar Zulkarnain,objektif peperangan telah bertukar menjadi skala besar apabila mereka melaksanakan dasar perluasan empayar.Empayar Iskandar Zulkarnain merentas Asia Kecil,Mesir,Lembah Sungai Indus dan seluruh Parsi.

Sparta adalah negara kota yang mengambil berat tentang pertahanan sehingggakan seorang kanak-kanak dalam usia muda telah dipisahkan daripada keluarga untuk dibesarkan menjadi anggota tentera yang bertanggungjawab memelihara keselamatan negara kota. 

Pada zaman Rom, peperangan dilakukan untuk meluaskan empayar. Pada masa itu, empayar Rom merangkumi tiga benya iaitu Asia,Eropah dan Afrika.

Islam dan Melayu




Muhammad Yusoff Hashim membahagikan peperangan yang melibatkan negeri-negeri Melayu kepada empat iaitu peperangan antarabangsa,peperangan antara negeri,peperangan di dalam negeri dan pemberontakan dalam negeri.

Peperangan antarabangsa merujuk kepada peperangan antara negeri-negeri Melayu dengan kuasa-kuasa asing seperti Melaka dengan Siam pada abad ke-15.

Peperangan antara negeri seperti yang berlaku antara Aru dan Pasai, manakala peperangan dalam negeri biasanya berbentuk perang saudara seperti perebutan takhta di Kedah dan Perak pada abad ke-18. Pemberontakan terhadap penjajah merupakan jenis keempat.

Pada umumnya, peperangan dalam masyarakat di Nusantara adalah untuk meluaskan wilayah dan menambahkan hamba perang. Justeru itu, amalan melakukan pembunuhan secara beramai-ramai cuba dielakkan. Golongan yang lemah dan kalah dalam peperangan akan melarikan diri supaya tidak dijadikan hamba atau pengikut kepada pihak yang menang. Malah ibu kota juga dipindahkan ke tempat-tempat lain.

Kerajaan Johor terpaksa memindahkan ibu kotanya ekoran serangan daripada pihak Portugis dan Acheh. Antara kota-kota yang pernah menjadi ibu negeri Johor ialah Sayong Pinang,Kota Tinggi,Batu Sawar,Johor Lama dan Riau.

Masyarakat di Nusantara dikatakan mengamalkan unsur-unsur kebatinan. Kejayaan seseorang raja dan hulubalang sering dikaitkan dengan persiapan sebelum peperangan seperti unsur-unsur jampi,mantera dan meditasi. Di Makasar misalnya terdapat amalam memakai alat-alat tertentu sebagai tangkal azimat supaya mereka menjadi kebal.

Peperangan sering ditonjolkan dalam hikayat-hikayat lama seperti Hikayat Awang Sulung Merah Muda, Hikayat Hang Tuah dan Sejarah Melayu. Nama-nama seperti Majapahit,Srivijaya dan Melaka adalah antara empayar Melayu yang terkenal meluaskan empayar melalui peperangan.





6 comments: